Resepi Biskut Cornflakes ala Redpearl Cookies
Assalamualaikum & hi geng mahn. Dah start buat biskut raya ke bawak rumah mak dan rumah mertua untuk sambut puasa nanti ni? Kalau belom sempat lagi ni nak buat yang ringkas-ringkas je dulu. Buat biskut ni auto teringat iklan-iklan dan program raya dulu-dulu kan?. Masa kite younger dulu. Hehehe. Banyak sangat program dan iklan yang berkait dengan cornflakes. Dia ala-ala redpearl cookies cuma versi untuk orang yang nak cornflakes sahaja.
Bahan-Bahan:
- 250g butter atau majerin
- 140g gula
- 300g tepung gandum (ayak dan / atau sangai)
- 140g cornflakes
- 1 sk baking powder
- 1 sk vanilla
- Ceri merah (beli yang dah potong tau)
Cara Membuat:
1. Dalam mangkuk yang sesuai, lembutkan butter. Bukan lembik tapi lembut. Cara lembutkan, keluarkan butter dari peti dan masukkan dalam bowl. Biar seketika dalam 5-10 minit lebih kurang.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga butter dan gula sedikit pucat. Masukkan vanilla, gaul sebati. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang sudah diayak. Nak sangai dulu tepungnya pun boleh ye. Gaul sebati.
3. Kemudian ambil segenggam cornflakes masukkan dalam adunan sambil diramas kasar. Ulang sehingga habis cornflakes. Gaul sebati. Sudukan adunan ikut saiz yang disukai. Hiaskan dengan ceri merah.
4. Bakar biskut dengan suhu 160c selama 25 minit atau ikut suhu oven masing-masing dan bakar sehingga masak. Sejukkan dan masuk ke dalam bekas kedap udara.
Anggaran mungkin dapat 60 biji sebab saya yakin lagi berpuluh biji asyik kena ngap dulu sebelum masuk bekas. Kan kan kan?.
Resepi Oleh: Dani J Tang