Resepi Turun Temurun Rendang Kampar atau Rendang Minang

Resepi Turun Temurun Rendang Kampar atau Rendang Minang

Setiap tibanya Ramadhan emak saya akan memasakkan rendang daging sehari sebelum puasa atau setengah orang memanggilnya hari memegang. Rendang ini sebagai juadah untuk bersahur dan berbuka di hari puasa pertama. Saya kongsikan Rendang Kampar atau Rendang Minang resepi turun temurun keluaraga saya.

Bahan-Bahan:

  • Daging satu kilo
  • 50 puluh biji cili kering (boleh kurangkan jika tak mahu pedas)
  • 3 batang serai (sebatang untuk dipotong panjang sejengkal dan diketuk)
  • 4 cm kunyit hidup
  • I cm lengkuas
  • 2 sudu ketumbar biji
  • 20 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji cili api
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Beberapa helai daun kunyit/daun kuku garuda
  • Asam keping 2 keping.
  • Santan kelapa dari dua biji kelapa (lebih banyak santan lebih sedap dan banyak serdaknya)

Cara Memasak:

1. Sekilo daging direbus dengan secawan air. Tujuan merebus daging untuk melembutkan dan mendapatkan potongan daging yang cantik, kemas dan sama kepingan saiznya nanti.

2. Cili kering digunting dan keluarkan biji lalu di rebus bersama air yang dicampur sedikit minyak untuk mempercepatkan cili menjadi lembut dan kembang. Blend cili dan masukkan lagi sedikit minyak.

3. Serai, lengkuas dan kunyit hidup dimayang halus agar senang ditumbuk. Jika ditumbuk rendang lebih sadap dan wangi serta tahan lama kerana tidak dicampur air. Memang ada bezanya.

4. Bawang merah dan bawang putih dikopek dan ditumbuk bersama cili api dan tak perlu terlalu lumat. Ketumbar dibasuh, sejat dan ditumbuk bersama serai yg dimayang agar nanti kedua-dua bahan ini akan cepat lumat.

5. Jika santan dari dua biji kelapa boleh masukkan air sebanyak 2 cawan untuk memudahkan proses pemerahan. Lagi minimum penggunaan air lagi cepat proses daging untuk cepat kering nanti.

6. Jika semua bahan-bahan telah tersedia, sediakan kuali di atas api yang sederhana lalu masukkan santan, daging, daging serta bahan-bahan tumbuk. Kacau sekalu sekala. Apabila daging dah mula mengering proses mengacau mesti lebih kerap.

7. Sekarang baru boleh dimasukkan daun limau purut atau daun kunyit yang dimayang. Saya tiada daun kunyit sebaliknya saya menggunakan daun kuku garuda. Sedap, wangi dan garing daun ini. Siap.

Resepi Turun Temurun Rendang Kampar atau Rendang Minang

Resepi Oleh: Mardziah Hj Yahya