Resepi Terung Goreng Berinti
Bahan-Bahan:
- Terung panjang 1, 2 Biji
- ayam kisar 1 bungkus
- Crab stick 3@4 batang
- Bawang besar suku@1/2 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Telur 2 biji
- Sedikit daun bawang & daun sup
- Serbuk lada putih@lada sulah
- Serbuk cukup rasa
- Garam
Cara Buat:
1. Potong terung secara bulat anggaran tebal 1/2 cm. Buang biji terung dan rendamkan terung yang sudah dipotong dalam air garam.
2. Potong bawang besar, bawang putih, crab stick (potong dadu halus-halus). Potong daun sup dan daun bawang, gaul bahan yang dipotong tadi dengan isi ayam kisar.
3. Masukkan telur, serbuk lada putih atau lada sulah. Perasakan dengan serbuk cukup rasa, perap dalam 5 minit supaya sebati.
4. Panaskan sedikit minyak atau butter dalam kuali. Grillkan terung dan letak isi ayam dibahagian tengah yang kosong tadi.
5. Agak dah perang, terbalikkan terung dan biarkan seketika sehingga masak. Siap untuk dihidangkan, boleh makan macam tu je atau dengan nasi. Kalau nak makan dengan sos pun ok.
Nota: Resepi mudah terung goreng berinti ni tak pedas ye, kanak-kanak pun boleh makan. Tapi kalau nak pedas sila tambah cili padi potong atau nak makan dengan sambal kicap pun dipersilakan. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Diaz Yushazlina