Rangup dan rasa lemak lemak keju, boleh buat untuk raya nanti. Bahannya sedikit tapi cara membuat agak cerewet sikit so pastikan tahan hati membuatnya ya… sebab apa? Sebab setiap kali menggorengnya pastikan minyak disejukkan, jadi perlukan kesabaran ok.
Resepi Telur Gabus Keju
Bahan-Bahan:
- Tepung ubi 250gm
- Keju parut 100gm
- Telur A 2 biji
- Majerin 50gm
Cara Membuat:
1. Pukul telur smpai sdikit berbusa (berbuih). Masukan kesemua campuran adunan. Adun sehingga tak melekat pada tangan.
2. Bentukkan dengan cara meletak sedikit adunan atas tangan dan gulung menggunakan kedua belah tangan (Cara menggentel) lalu masukan dalam kuali yang sudah ada minyak sejuk, ingat! bukan minyak panas! lakukan menggentel adunan sehingga secukupunya jangan terlalu penuh sebab nanti akan mengembang.
3. Setelah siap melinting adunan goreng dengan api kecil setelah telur gabus mengapung kacau trus sampai kuning keemasan. Lalu angkat dan titiskan.
4. Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara. Boleh tahan berbulan.
- Untuk kerja lebih cepat gunakan dua kuali. Sementara sejukkan minyak kuali 1 boleh gunakan kuali 2.
Sumber: Jejaka Brownie
Follow IG: @jejakabrownie