Minggu lepas ada wat biskut Nestum Ice. Tapi ada derhaka sikit. Hajat hati nak buat warna-warna, tapi tak kesampaian lak… hehehehe. Ni resepi tuk saper yang sudi nak mencuba.
Resepi Biskut Ice Nestum
Bahan-Bahan:
Biskut Dasar –
- 250 gm butter
- 90 gm gula castor
- 1 biji kuning telur
- 1 tsp esen vanila
- 100 gm nestum-kisar halus
- 300 gm tepung gandum
- 1 tbs tepung jagung
Topping –
- 100 gm putih telor
- 300 gm gula aising-ayak
- 1 tbs tepung jagung
+ tbs – tablespoon
+ tsp – teaspoon
Cara-caranya:
1. Satukan tepung gandum, tepung jagung dan nestum yang telah dikisar halus. Ketepikan. Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga sebati.
2. Masukkan vanila dan pukul lagi. Masukkan kuning telur dan pukul. Masukkan tepung yg dicampur tadi kedalam adunan. Uli sebati.
3. Canai dan terap dengan menggunakan acuan bulat sebesar saiz syiling 20 sen sehingga adunan habis.
4. Sementara itu dalam mangkuk berasingakan pukul telur sehingga berbusa dan berbuih. Masukkan gula icing dan pukul lagi sehingga kembang.
5. Masukkan tepung jagung dan pukul sehingga kental (adunan tidak akan jatuh jika mangkuk mixer diterbalikkan). Bagi yang topping bewarna boleh masukkan pewarna dan kaup balik.
6. Sediakan plastik dan nozel bulat untuk dipaip topping biskut. Paipkan adunan meringe tadi ke atas adunan biskut sehingga habis.
7. Bakar pada suhu 150 darjah selama 30-45 minit bergantung pada oven masing-masing. Pastiķan meringue/topping ranggup.
Sekian. Selamat mencuba.


Resepi Oleh: Siti Hajar MN