Snek, snek

Resepi Tauhu Isi Sedap Dimakan Dengan Sambal Kicap

resepi-tauhu-isi-sedap-dimakan-dengan-sambal-kicap

Resepi Tauhu Isi Sedap Dimakan Dengan Sambal Kicap

Bahan-Bahan:

  • 6 keping tauhu di goreng sampai kekuningan, kemudian belah 2 dan korek isi tauhu

Bahan Inti –

  • 1 cawan daging cincang
  • Bawang besar di dadu
  • Bawang putih cincang kasar
  • Lobak merah diparut halus
  • Cendawan jeli hitam kering (rendam & potong halus)
  • Isi tauhu yg telah dikorek dan dihancurkan
  • Sedikit lada putih
  • 1 ketul kiub ayam knorr
  • Cili padi dipotong halus
  • 2 sudu (b) sos tiram
  • Sedikit garam dan gula
  • 2 biji telur dipukul sedikit (untuk celupan)

Bahan Hiasan –

  • Daun bawang atau sup
  • Sedikit bawang goreng
  • Sos Thai
  • Sambal kicap

Cara Membuat:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan daging cincang. Masak hingga air daging kering.

2. Masukkan serbuk lada putih, kiub ayam knorr, sos tiram. Gaul rata kemudian masukkan lobak merah, bawang besar dadu, cendawan jeli hitam dan isi tauhu yang dikorek tadi. Masak hingga kering dan sejukkan inti. Ketepikan.

3. Sumbat inti ke dalam tauhu. Celupkan tauhu isi ke dalam telur. Goreng sampai kekuningan.

4. Tauhu isi dipotong dua, tuang sos thai atau sambal kicap dan tabur daun sup serta bawang goreng semasa hidang.

Resepi Tauhu Isi Sedap Dimakan Dengan Sambal Kicap

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar