Ayam

Resepi Butter Chicken Confirm Sedap

resepi-butter-chicken-confirm-sedap

Resepi Butter Chicken Confirm Sedap

Alhamdulillah ramai yang suka lauk ni kalau saya masak untuk makan tengahari atau malam. Boleh cuba ye. Mudah dan sedap sangat.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • Tepung ayam goreng bestari
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 senduk butter
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 biji bawang Holland/merah (dadu)
  • 6 biji bawang putih (dadu kecil)
  • 3 biji cili padi (dadu)
  • 1 sudu makan penuh serbuk kari ayam/daging
  • Minyak
  • Serbuk perasa
  • 1/2 sudu makan tepung jagung/beras (bancuh dengan sedikit air) – jika nak kuah cair sedikit boleh abaikan ye.
  • Sedikit air

Bahan Hiasan:

  • Cili besar atau capsicum
  • Daun ketumbar atau daun sup

+ Hiris dan tabur atas

Cara Memasak:

1. Basuh bersih ayam dan salut dengan tepung ayam goreng Bestari. Goreng sehingga sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan kuali, masukkan butter dan tumis bawang putih, bawang merah, cili padi serta daun kari sehingga naik bau.

3. Masukkan serbuk kari kacau seketika dan masukkan susu cair. Masak sehingga mendidih.

Cuba Resepi Ni:  Ayam Masak Merah Resepi Tukang Masak Katering

4. Masukkan bancuhan tepung jagung atau beras dan serbuk perasa. Biarkan likat sedikit. Boleh tambah sedikit air untuk banyakkan kuah.

5. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Boleh digaul bersama kuah atau curahkan kuah di atas ayam. Siap❤.

Resepi Butter Chicken Confirm Sedap

Resepi Oleh: Azlan Syazani Adanan