Resepi Tauhu Bergedil Dengan Sambal Kicap

Bahan-Bahan:

Tauhu kering (1 bungkus)
telur 3 biji (untuk salutan)
minyak secukupnya

Bahan Bergedil –

kentang sederhana besarr 8 biji
ayam/daging kisar (nak rebus dulu pun boleh)
bawang merah (potong kecik-kecik)
2 biji besar Merah (potong kecik-kecik)
daun sup secukupnya (potong halus-halus)
lada sulah
garam
perasa secukupnya

Bahan Cili Kicap –

kicap secukupnya
cili api sekcukupny (nak pedas letak banyak)
bawang putih 2 biji
kicap
gula

Hiasan –

cili padi
daun sup
bawang goreng

Cara Membuat:

1. Kentang potong kecil dan rebuskan sehingga empuk, letak garam sikit time rebus tu ya.

2. Bila siap rebus toskan dulu, kemudian goreng kentang tu. Jangan kering sangat taw.

3. Dalam mangkuk, lenyekan kentang yang dah goreng tadi sampai hancur. Masukkan ayam/daging kisar, daun sup, bawang, cili besar merah, lada sulah, perasa dan Gaul rata.

4. Gunting hujung tauhu kering dan isikan bahan bergedil yang dah siap digaulkan tadi. Isi sampai Padat. Buat hingga habis semua.

5. Pecahkan telur dan tambah sedikit perasa, celupkan tauhu bergedil tadi ke dalam telur.

6. Tuangkan minyak dalam kuali dan gorengkan bergedil yang telah dicelup telur. Api kecil je taw, kalau besar boleh hanggit tauhu tu nanti. Siap mengoreng toskan bergedil.

Buat Sambal Kicap –

1. Cili tu tak blend, tumbuk sampai hancur, last sekali masukkan bawang putih.

2. Panaskan kuali tak payah pakai minyak, masukkan kicap dahulu kemudian masukkan cili yang siap ditumbuk.

3. Masakkan cili kicap seketika dan masukkan gula secukupnya.

P/s: Kalau nak lagi sedap boleh tambah ayam/daging tu banyak lagi. Thats why budak-budak pun suka bergedil ni.

Resepi Oleh: Nurul Atika – Group MAHN

Comments are closed.