
Resepi Biskut Mazola
Bahan-Bahan:
1 cawan minyak mazola
1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
½ cawan tepung jagung
¾ cawan gula halus
1 sudu teh essen vanilla
1 cawan kacang tumbuk
(untuk membuat kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk/dikisar)
Bahan Untuk Hiasan –
Kuning telur untuk hiasan
Kacang tumbuk kasar secukupnya
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh (masukkan minyak sedikit demi sedikit).
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
4. Sapu bahagian atas dengan kuning telur. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
5. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
6. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.