Resepi Macaroni Meatball Cheese Baked
Bahan-Bahan:
Bawang putih (dicincang)
Bawang Holland*
Cili blender
Tomato*
Cendawan butang tin*
Cili Benggala merah dan hijau*
Sosej (dihiris bulat)
Daging Burger (dihancurkn) atau daging cincang
Meat ball
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Sos spaghetti bolognese
Kiub pati ayam
Slice Cheese atau mozarella cheese
Italian herb (tak nak guna tak per)
Macaroni (direbus dan ditoskan)
Sedikit majerin atau minyak masak
– Bahan-bahan yang brtanda * dipotong dadu
Cara-Cara:
1. Panaskan sedikit majerin dan minyak masak. Masukkan bawang putih dan bawang holland. Masukkan cili blender, tumis sampai pecah minyak. Masukkan daging burger atau daging cincang.
2. Masukkan meat ball (biar daging dan meat ball masak). Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram. Masukkan sos spaghetti serta tomato, cendawan butang, cili benggala, dan sosej (biar mendidih).
3. Masukkan kiub pati ayam, sedikit garam, gula, dan ajinamoto secukup rasa (biar mendidih). Masukkan Macaroni yang direbus, digaul hingga sebati dan tutupkn api.
7. Sediakan bekas tahan panas, masukkan macaroni yang dah digaul tadi ke dalam bekas. Dibahagian atas curahkan sos putih.
8. Kemudian, letak slice cheese atau taburkn mozarella cheese. Taburkan serbuk italian herb. Bakar pada suhu 160°c atau 180°c selama 15 atau 20 min (bergantung kepada oven masing-masing).
Sos Putih
Bahan-bahan:
Bawang putih (dicincang)
Bawang holland (potong dadu)
Susu Segar Dutch lady (ape-ape jenama pun o.k)
Sedikit tepung gandum @ tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
1 tin sup cendawan campbell (tak nak guna pun tak per)
Sedikit kiub pati ayam
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit majerin. Masukkan bawang putih dan bawang holland. Kemudian, masukkan susu segar, sup cendawan, dan kiub ayam.
2. Biar mendidih, masukkan tepung gandum sambil kacau supaya tak berketul. Perasakan dengan sedikit garam, tutup api.
Resepi Oleh: Haida Safiyya