Resepi Tanpa Bakar Biskut Choco Rich Ball
Resepi yang sangat sangat sedap. Kaya dengan rasa dark chocolate. Kejap ja hampa habis ni kalau buat untuk anak anak. Resepi ni takde inspired by, memang hasil cipta dari saya sendiri. Jom buat. Satu adunan dapat lebih kurang 60 pcs cookies MINI paper cup. Depends pada saiz yang dibentuk.
Bahan-Bahan:
Bahagian Chocolate Ball –
- Butter – 250 gram
- Chocolate compound (Dark Chocolate) – 325 gram
- Serbuk koko – 120 gram
- Susu Pekat – 100 gram
- Biskut Marie – 300 gram
- Mini cookies paper cup macam dalam gambar
Bahagian Topping –
- Chocolate compund (Dark chocolate) – 500 gram
- 4 sudu kecil minyak masak
Cara Membuat:
Bahagian Chocolate Ball –
1. Cairkan 250 gram butter dan 325 gram coklat compound. Boleh pakai double boil atau microwave. Kalau double boil, masukkan sekali butter dan chocolate tu. Api slow, dah cair tutup api dan terus masukan bahan-bahan seperti susu pekat dan serbuk koko. Panas-panas tu kacau sampai sebati. Microwave pun sama, bila dah cair butter dan cholate tu, masukan bahan lain tadi dan kacau sebati.
2. Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain. Hancurkan dulu awal-awal sebelum step pertama tadi. Masukkan biskut yang dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.
3. Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Jangan gentel sebab dia akan crack. Mampatkan dan buat bentuk kecil-kecil dan masukan dalam mini paper cup tadi.
4. Buat lubang di tengah-tengah biskut yang telah siap. Boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah. Pakai lidi sate pun boleh, janji yang belum digunakan.
5. Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag. Setkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
Bahagian Topping –
6. Cairkan 500 gram dark chocolate. Masukkan 4 sudu kecil minyak masak ke dalam dark chocolate yang dicairkan dan kacau sehingga sebati.
7. Tuangkan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu. Hias ikut kreativiti anda.
8. Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik. Bila kita sentuh diandah tak melekit (tak perlu letak dalam peti ais).
9. Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan. Memang sedap, serius tak tipu. Selamat Mencuba.
Resepi Oleh: Muhammad Ali