Ayam, Nasi

Nasi Kuning dengan Ayam Goreng Bumbu Kuning

nasi-kuning-dengan-ayam-goreng-bumbu-kuning

Nasi Kuning dengan Ayam Goreng Bumbu Kuning

Ini bukan pulut kuning tolak bala tapi set nasi kuning ala negara jiran Indonesia buat hiburan hati yang lara.

Resepi Nasi Kuning

Bahan-Bahan:

  • 2 pot beras biasa/basmati, cuci & toskan
  • 3 pot air (bil air refer kat peket basmati seeloknya)
  • 1 sdm serbuk kunyit
  • 1/2 cwn yogurt asli/susu segar
  • 1 sdm minyak sapi
  • 1 sdm minyak jagung/masak
  • 1 tsp garam n 1/2 kiub ayam

Bahan Tumis:

  • 1/2 biji bawang besar didadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 3 hirisan halia
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 4 bj buah pelaga
  • 1 btg serai diketuk
  • 2 helai daun bay (salam)
  • 1 helai daun pandan disimpul

Cara Memasak:

1. Di dalam periuk nasi panaskan minyak masak serta minyak sapi dan tumis bahan tumisan hingga bawang layu dan wangi. Masukkan serbuk kunyit dan tumis selama 1 minit sambil kacau rata.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti air, yogurt/susu, garam dan kiub ayam. Biarkan hingga mendidih. Masukkan beras kacau rata dan pindahkan periuk ke dalam bekas rice cooker. Masak nasi seperti biasa.

3. Bila nasi dah kering baru gemburkan nasi perlahan-lahan. Hidangkan bersama gulai kegemaran, ayam goreng bumbu kuning, sambal terasi goreng dan timun, hepi menerai.

Resepi Ayam Goreng Bumbu Kuning (Airfry)

Bahan-Bahan:

  • 5 ketul ayam
  • 2 helai daun salam (bay)
  • 1 btg serai diketuk
  • 200ml air

Bahan Tumbuk/Kisar Menjadi Pes:

  • 3 ulas bwg putih
  • 5 biji buah keras
  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup/1 tsp serbuk kunyit
  • 1 tsp serbuk ketumbar
  • 1 tsp serbuk jintan putih
  • Garam & kiub secukup rasa

Cara Memasak:

1. Kisar semua bahan bersama 200ml air dan masukkan ke dalam kuali yang sesuai. Masukkan ayam, daun salam dan serai.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Hitam Masala

2. Masak dan kacau selalu hingga bumbunya kering menjadi seperti rendang. Panaskan airfryer pada suhu 200c dan airfry selama 5-6 minit hingga ayam nampak keperangan.

3. Boleh juga digoreng menjadi seperti ayam goreng berempah. Hidangkan bersama sambal goreng terasi dan nasi kuning.

Resepi Sambal Terasi Goreng

Bahan-Bahan:

  • 3 biji cili merah
  • 20 biji cili Thai merah/cili padi
  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 biji tomato/2 biji jika saiz kecil
  • 1 sdk belacan dibakar (terasi)
  • 1 sdm gula melaka
  • 1 sdm jus limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Potong kasar semua bahan-bahan supaya cili tak meletup semasa menumis. Panaskan minyak, tumis cili merah, cili Thai, bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu.

2. Kemudian ulik guna cobek atau tumbuk guna lesung bahan tumis bersama belacan, garam dan gula. Tak perlu tumbuk hingga lumat. Food processor lebih sesuai digunakan berbanding blender.

3. Tumis semula sambal lebih kurang 5 minit dan perahkan jus limau. Suaikan rasa. Sambal boleh simpan dalam fridge dan tahan seminggu kalau tak dimakan.

Nasi Kuning dengan Ayam Goreng Bumbu Kuning

Resepi Oleh: Keroroyz Royz