Masakan Barat

Resepi Kayangan Gratinated Baked Potatoes

resepi-kayangan-gratinated-baked-potatoes

Resepi Kayangan Gratinated Baked Potatoes

Nak share satu lagi resepi kayangan. Senang buatnya dan sedap sangat sangat. Gratinated Baked Potatoes, padu rasa cheese dengan daging.

Bahan-Bahan:

  • French fries
  • 200gm daging burger – siat siatkan kecil kecil
  • 5 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sudu besar cili kering kasar
  • 1sudu lada putih
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 cawan anchor cream
  • 1 kuib pati ayam
  • cheddar cheese, parmesan dan mozzarella
  • mixed herbs
  • butter untuk menumis

Cara Membuat:

1. Susun French fries dalam bekas aluminium foil. Tak perlu goreng, susun yang mentah-mentah gitu aje.

2. Cairkan butter, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging burger, kacau rata, kemudian masukkan serbuk cili kering, lada putih dan kuib pati ayam.

3. Tumis hingga daging masak. Bila dah masak tutup api. Masukkan daging itu ke dalam bekas French fries tadi.

4. Satukan telur, susu dan cream dalam mangkuk. Kacau-kacau dan tuang ke atas kentang tadi hingga menutupi kentang dan daging.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Buat Niaga Cooney Dog Meleleh

5. Taburkan cheddar cheese, parmesan dan mozzarella. Sebelum bakar taborkan mixed herbs. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.

Resepi Kayangan Gratinated Baked Potatoes

Resepi Oleh: MrsNor Wahid