Resepi Mini Peanut Butter Cheesecake
Bahan-Bahannya: Adunan ni boleh dapat 30 biji mini cheesecake
60 keping biskut Ritz Crackers
Beberapa keping biskut dihancurkan – untuk tabur atas cheesecake
500 gm cream cheese – lembut
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan creamy peanut butter
1/2 cawan sour cream
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
Cara-Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 140°C (275°F). Susunkan papercup yang besar (yang boleh muatkan biskut Ritz Crackers di dasarnya) ke dalam tin muffin.
2. Sapukan sedikit peanut butter pada sekeping biskut. Tutupkan dengan sekeping lagi biskut jadikan seperti sandwich. Ketepikan.
3. Di dalam sebuah mangkuk, pukul cream cheese bersama gula castor hingga dan sebati. Kemudian, masukkan creamy peanut butter, sour cream, esen vanilla dan telur. Pukul lagi hingga licin dan sebati.
4. Isikan filling ke atas biskut sandwich tadi hingga 3/4 penuh. Taburkan sedikit biskut yang telah dihancurkan ke atas cheesecake.
5. Bakar (140°C) selama 22 minit. Sejukkan dahulu. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
Nota:
1. Saya gantikan sour cream dengan Marigold Natural Low Fat Yoghurt.
2. Saya takde tin muffin jadi saya alaskan papercup tu dengan casing aluminium.
3. Kena gunakan papercup yang besar yang boleh muatkan biskut Ritz di dasarnya.
4. Bila cheesecake dah sejuk, saya tarik perlahan-lahan hujung papercup keluar dari casing aluminium.
Resepi Oleh: Aini Binte Madon