Resepi Nasi Khomok atau Khao Mok Gai

Resepi Nasi Khomok atau Khao Mok Gai

Bahan Rempah Khomok:

2 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula

+ Semua bahan ini disatukan, campur sedikit air gaul rata untuk dijadikan pes

Bahan Nasi Khomok:

1 ekor ayam di potong ikut suka – cuci bersih
2 pot/cawan beras basmathi (beras siam biasa pun boleh tak jadi hal) rendam kejap, tos
4 sudu besar minyak ghee/minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah – di mayang
4 ulang bawang putih – di mayang
1 labu bawang besar – di mayang
Batang/daun ketumbar – nak banyak
Daun pudina
1 cawan susu cair
2 cawan air
1 ketul kuib ayam
Garam /gula secukup rasa

Cara Masak:

1. Panaskan minyak bersama minyak sapi. Tumis rempah 4 sekawan. Naik bau masuk kan serai dan akar ketumbar

2. Sudah garing bawang, masukkan rempah khomok. Naik bau masukkan ayam. Gaul rata.

3. Kemudian masukkan susu dan air. Masukkan kuib ayam, garam sedikit gula. Rasakan masin manisnya.

4. Bila dah gelegak dan ayam separuh masak, angkat ayam dan keluarkan untuk digoreng.

5. Masukkan daun ketumbar atau daun pudina. Kemudian masukkan beras. Tanak sepertt biasa atau kukus sehingga masak.

6. Ayam tadi dicampur dengan tepung bestari, perap bersama daun kari lebih kurang 10 minit. Makin lama perap makin jelira atau mesra rasa. Goreng sekali dengan daun kari.

Bahan Air Lada:

2 biji lada merah
3 biji cii padi (nak pedas lebih kan)
1 biji tomato
2-3 batang ketumbar
Sedikit belacan

+ Semua diblender kasar, kemudian campur dengan garam, gula dan sedikit cuka. Rasalah masin manisnya.

Bahan Acar:

1 batang Timun – dihiris
1 batang carrot – dihiris
2 biji tomato – dihiris
1 biji bawang besar- dihiris
3 ulas bawang merah- dihiris
4 sudu besar cuka- dihiris
2 biji lada merah- dihiris
2 biji lada ijau- dihiris
Daun ketumbar
Gula garam secukup rasa

+ Gaul semua bahan hiris. Campur sekali cuka, gula dan garam.

Resepi Nasi Khomok atau Khao Mok Gai

Resepi Oleh: MrsNor Wahid