Resepi Sweet Potato Fried Balls

Resepi Sweet Potato Fried Balls

Guna Japan sweet potato, orang biasa panggil keledek ungu, lemak-lemak manis. Resepinya untuk 18 biji.

Bahan-Bahan:

5 biji sederhana Japan sweet potato
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar gula
2 sudu besar air masak
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng (deep fry)

Cara-Cara:

1. Kupas dan kukus keledek selama 20 minit, setelah masak, dilecek.

2. Kemudian masukkan gula, garam, susu pekat, air masak dan digaul rata.

3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik, kemudian digaul sehingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu keras dan terlalu lembik.

4. Bentukkan bulat-bulat di atas pinggan. Panaskan minyak dan digoreng dengan api yang perlahan (sentiasa dikacau supaya tidak hangus dan masak dengan sekata).

Resepi Sweet Potato Fried Balls

Resepi Oleh: Nurul Majdina Fatini Zuha