
Resepi Kuih Kalakatar atau Bingka Nyior, sedap sangat kuih asal Orang Banjar ni. Aroma air kelapa dan lemak-lemak isi kelapa menambat selera.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum + 2 sdm tepung beras
2 cawan isi kelapa muda
1/2 cawan + 2 sdb gula
4 cawan air kelapa
1 cawan santan
Secubit garam
2 biji telur
Cara Buat:
1. Blender semua bahan kecuali isi kelapa. Masuk dalam periuk, masak hingga agak pekat, kena kacau selalu untuk elak hangit.
2. Bila dah pekat tutup api dan masukkan sedikit isi kelapa. Masuk adunan dalam loyang yang telah digris dengan butter.
3. Tabur lebihan isi kelapa atas adunan, bakar pada suhu 200c api atas bawah hingga keperangan.
Resepi Oleh: Amie Samuri – MAHN