
Resepi Super Soft Bavarian Donut
Bahan-Bahan:
4 cawan tepung gandum
250-350ml (lebih kurang) air sejuk
2 biji telur kuning
4 sb shortening/ margerin
3 sb susu tepung
1 sb susu pekat
3 sb gula
1 sk garam
2 sb yis
1 sb water roux (lihat nota di bawah)
Cara Membuat:
1. Pukul telur satukan dengan air, campurkan semua bahan kecuali shortening/margerin. Uli hingga jadi doh, kemudian baru masukkan shortening/margerin. Uli lagi hingga elastik utk dapat donut yg sangat lembut. Perap hingga naik 2 kali ganda. Buang angin.
2. Timbang 40gm buat rounding hingga licin, buat bentuk agak bujur dan leperkan sedikit. Biarkan don naik lagi, kemudian goreng dengan api sederhana hingga keperangan.
3. Untuk dapatkan ring pada donut, tipsnya semasa mengoreng hanya sekali balik. Bila bahagian sebelah dah keperangan baru dibalikkan kebahagian sebelah lagi.
Nota: Water Roux – 1 sb tepung, 3/4 cawan air. Masak hingga agak kental dan ambil 1 sb utk dimasukkan dalam donut.
Custard Filling
Bahan-Bahan:
3/4 cawan susu segar/susu cair
2 sb tepung kastad
2 sb gula
1 sb susu pekat
Sedikit esen vanilla
1 sb butter/margerin
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan kecuali butter, sebatikan jangan sampai ada ketulan tepung. Masak api sederhana hingga hampir pekat, masukkan butter aduk lagi hingga agak pekat. Jangan sampai keras, kalau terkeras tambah air lagi dalam 1/4 cawan aduk semula.
2. Salutkan donut dengan icing sugar, lobangkan donut ditengah-tengah, masukkan custard filling.
Resepi Oleh: Amie Samuri