
Resepi Kambing Masala
Bahan-Bahan:
Kambing – 1 kg, dipotong kecil dan direbus menggunakan pressure cooker 3 wisel, asingkan air rebusan dengan daging. Air rebusan akan diguna untuk memasak nanti.
Bahan A – (diblend)
Halia – 2cm
Bawang putih – 7 ulas
Bawang merah – 1 biji potong halus
Bahan B –
Cili giling – 10 Cii direbus dan digiling bersama 5 ulas bawang putih & 1 bawang merah
Bahan Lain:
2 bj Bunga cengkih
1 btg Kayu manis
1 sudu kecil Jintan manis
1 ulas bawang merah – dihiris
3 btg Serai
3 helai daun pandan
1 bj Tomato – dipotong kecil
2 bj Kentang – potong dadu besar
4 sudu besar santan
3 sudu besar Gula melaka
Garam – secukup rasa
Ajishio – lada hitam
Cara Memasak:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak masak, masukkan bunga cengkih, kayu manis, jintan manis dan serai.
2. Masukkan bawang merah, tomato dan bahan A. Gaul rata dan masak sehingga bawang layu dan kuning-kekuningan. Masukkan daun pandan. Saya suka daun pandan dimasak bersama daging kambing sebab bau kambing akan diserap dan lagi sedap kuahnye nanti.
3. Masukkan bahan B dan campurkan air rebusan daging tadi dan masukkan kentang sekali. Masak selama 10 minit.
4. Masukan daging kambing gaul rata, kemudian masukkan santan, gula melaka dan garam. Masukkan ajishio lada hitam, masak selama 5 minit sehingga kuah pekat. Kambing masala siap untuk dihidang
Tips: Gula melaka is my secret resepi, ia menambah perisa dan kambing rasa berlemak dengannye daripada gula biasa. Dan ia membuatkan warna kuah lagi gelap dan pekat daripada kambing masala biasa.
Resepi Oleh: Gaithri Cheran – MAHN