Daging, Sup

Resepi Sup Tulang Merah atau Bonesteak

resepi-sup-tulang-merah-atau-bonesteak

Katanya makanan ni khas dari selatan Malaysia, tapi saya pon tak sure cumanya saya pernahlah masak menù ni dan jamu kenkawan yang datang dari berbilang negeri di Malaysia. Ada beberapa kawan yang cakap dorang memang tak pernah lagi makan sup tulang ni di tempat lain.

Resepi Sup Tulang Merah atau Bonesteak

Bahan-Bahan:

6 kilo tulang kaki kambing

Bahan Rempah –

2 cawan sos cili
1 stengah cawan sos tomato
1 cawan tomato pure
4 cawan lada kering blend (nak lebih pon ikut suka la
bawang merah 1 cawan stengah – bersihkan
bawang besar 2 hingga 3 biji – bersihkan * (bawang besar dan bawang merah bersihkan dan blend)
Halia besar ibu jari kaki panjang 2 inci x 3, pastu bersihkan dan belah 2 pastu ketuk dengan pisau besar untuk pecahkan dia
Garam & gula secukup rasa.

Cara Memasak:

1. Basuh bersih tulang-tulang pastu masukkan dalam periuk yang sesuai dan masukkan semua bahan-bahan rempah dalam periuk yang ada tulang tadi.

2. Masa ni boleh letak garam dan gula sedikit nanti bila dah nak dekat masak tulang-tulang tu, baru perasakan lagi sama ada cukup atau tak masin manis pedasnya.

4. Letak sedikit air sampai tutup semua tulang-tulang tadi. Masak dengan api sederhana besar selama 1 setengah jam hingga ke 2 jam sampai daging yang ada kat tulang-tulang tu lembut.

5. Setiap 10 atau 15 minit, kacau-kacau sup tu. Bila daging yang ada kat tulang-tulang tu dah agak lembut bermakna sup tulang kita dah ready. Kalau masih belum lembut boleh tambah air sikit.

6. Masaklah sampai nak pekat mana kuah tu. Boleh tutup api dan sedia untuk dimakan. Jangan lupa tabur hirisan sayur kobis ye.

Resepi Oleh: Lailawati Ahmad