Nasi

Resepi Simple Nasi Arab Ayam Mandy

resepi-simple-nasi-arab-ayam-mandy

Menu untuk 3-4 orang dewasa makan, masak dalam tempoh Kurang 30 Minit. Kalau nak buat untuk ramai. Doublekan Bahan-bahan je.

Resepi Simple Nasi Arab Ayam Mandy

Bahan A:

Beras Basmathi 2 pot
Bawang Merah sebiji di potong dadu
Bawang Putih 6 Biji di potong Dadu
Minyak Zaitun sesenduk besar
Sedikit Butter atlis 1 Sudu besar (Bagi nasi rasa lemak bekrim je)
Bunga lawang Sekeping
Bunga cengkih 5 kuntum
Kayu Manis Seinci
buah Pelaga 2 biji
daun Bay (tapi tadi lupa isi oke je sedap)

Bahan B:

Ayam sebelah
Halia Seinci di Potong Halus
Sebuk ketumbar satu sudu kecil
Serbuk jintan manis Satu sudu kecil
Serbuk jintan putih 1 sudu Kecil
Serbuk Kunyit 1 sudu kecil
serbuk lada Hitam 1 sudu kecil
1 sudu makan minyak masak
air secukup nya agak-agak tenggelam ayam
gula & Garam secukupnya

Cara Memasak:

Step 1 –

Tumis Bahan B dengan 1 sudu minyak masak tu. Masukkan air dan ayam. Masukkan garam & gula secukup rasa. Biarkan mendidih. Rebus ayam sehingga empuk. Keluarkan ayam letak tepi. Air rebusan tu biarkan, nanti nak guna masak nasi.

Step 2 –

Tumis bawang Besar, bawang putih, dan rempah 4 beradik tu tadi dengan minyak zaitun sesenduk besar tu. Mix 1 sudu butter (untuk rasa sedap sebagai tambahan) kemudian dah layu, masukkan beras basmathi yang telah di cuci tu goreng seketika dengan bawang tu tadi. Kemudian baru la masukkan air rebusan ayam tadi 3-5 cawan (nasi basmathi cepat masak dan tak perlukan air yang banyak ye. Cukup-cukup ampuh nasi dah oke. Juga tak perlu di kacau selalu) akhir sekali pindahkan nasi ke dalam rice cooker.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Daging Berempah

Masak sehingga nasi kering kemudian susun ayam di atas nasi. Jika rasa nasi agak kering, gaul sedikit dan tambahkan air rebusan ayam tu sediki demi sedikit. Biarkan sampai Periuk tendang.

Step 3 – (Acarnya)

Campurkan timun potong dadu, bawang besar potong dadu, tomato dadu, cili hidup dadu, cili besar dadu, garam & gula secukupnya, dan jus lemon. Gaul rata semua sehingga cukup rasa. Siap!. Acar dia la penyedap rasa nasi arab tau. Ade sesetengah kedai nasi arab, dia hancurkan tomato tu. Saya malas dah tadi. Sedap kunyah.

Kalau engko gi makan nasi ni kat kedai arab. Sepinggan RM8-15 tau! Buat sendiri pon Sodapppp! Dah la cepat & mudah masak. Nasi yang cun masaknya, dia relai 1-1 nasi tu. Tak pecah & panjang-panjang berasnya oke. Macam contoh gambar nasi hakak tu. Elokk panjang. Zoom kalau tak percaya. Haha.

Sebab tu kurangkan menggaul. Tunggu je periuk nasi kau Tendang sendiri. Babaaii.

Resepi Oleh: Emirul Nor Tabita