Kuih Muih

Resepi Talam Seri Muka Pandan

resepi-talam-seri-muka-pandan

Resepi Talam Seri Muka Pandan

Bahagian Bawah –

Bahan-Bahan:

2 1/2 cawan beras pulut (rendam 30mnt -1 jam) Selepas rendam, toskan.
3 cawan santan sederhana cair
1/2 sdt garam
1 helai daun pandan (carik dan simpulkan)

Caranya:

1. Panaskan kukusan hingga air mendidih.

2. Sapu marjerin atau minyak pada loyang saiz 10x10inci dan lapik plastik. Masukkan semua bahan dan kukus selama 25 minit guna api besar.

3. Bila dah siap, buang daun pandan, biarkan jap 5 minit. Pastu tekan-tekan bagi padat.

Bahagian Atas –

Bahan-Bahan:

3 cawan santan sederhana pekat. Kisar bersama 5-6 helai daun pandan dan sedikit parutan kulit kayu manis atau secubit jintan manis (sikit jer tau, tak mo letak pun takde hal).
Pastu tapis dan sukat semula jadi 3 cawan, kalo kurang sila tambah air untuk cukupkan 3 cawan.
3/4 cawan gula pasir
3 biji telur gred A
1/2 sdt garam
1 sdb membukit tepung kastard
1 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna hijau epal

Caranya:

1. Satukan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati guna whisk, kemudian masak sekejap atas api perlahan sambil kacau hingga naik wap (sekadar periuk tu dah rasa panas jer, jangan lama tau, tak mo sampai pekat, jap jer dalam 1-2 minit camtu jer).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Donut Kampung Gebu Guna Sukatan Cawan

2. Tuang atas pulut dan kukus selama 30 minit api perlahan (kukus guna api perlahan). Bila dah siap buka tudung kukusan dan kukus lagi 5 minit guna api besar, siap.

Nota: Kalo tak mo masak bahagian atas tu pun boleh, terus jer tuang atas pulut (nak hasil yang cantik masaklah kejap, sekadar sentuh periuk dan periuk rasa panas pun dah cukup). Biarkan betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik.

Resepi Oleh: Mariana Zainal