Resepi Puding Kiwi, Terasa Manis Buah Kiwi
Bahan A:
- 10g agar-agar tali – rendam 1 jam
- 1/2 cawan gula
- 3 1/2 cawan air
- Secubit garam
- Sedikit pewarna hijau
- 5 – 6 biji buah kiwi – hiris bulat nipis
Cara Buat:
1. Masak agar-agar dgn air hingga larut agar-agar. Masukkan gula kemudian kacau-kacau.
2. Selepas itu, masuk secubit garam kemudian letak sedikit pewarna hijau. Kacau rata dan tutup api.
3. Tuang sedikit agar-agar ke dalam loyang, biarkan keras sedikit. Susun buah kiwi dalam loyang atau acuan, ikut kreativiti sendiri.
4. Tuang habis agar-agar tu dalam loyang tadi dan biarkan sederhana beku.
Bahan B:
- 10g agar-agar tali
- 1 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 2 cawan susu segar dalam kotak (nak guna susu cair 1 tin)
- 1 sudu besar tepung kastard – bancuh dulu dengan air
- Secubit garam
Cara Buat:
1. Seperti biasa masak agar-agar kemudian letak gula dan kacau rata. Tuang susu segar, masuk tepung kastard dan secubit garam.
2. Sentiasa kacau agar tepung kastard tidak berketul. Selepas itu, tuang perlahan-lahan atas agar-agar tadi, bekukan.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk sampai mengeras. Terbalikkan loyang untuk mengeluarkan puding, buat perlahan-lahan. Potong ikut suka dan sedia menikmatinya.

Resepi Oleh: Zura Zul