Masakan Barat

Resepi Makaroni Goreng Daging

resepi-makaroni-goreng-daging

Resepi Makaroni Goreng Daging

Bahan-Bahan:

400 gram makaroni
400 gram daging kisar ramly
•5 pcs Sosej di potong bulat
2 biji bawang holand didadu
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
5-6 sudu besar cili kisar blh tambah jika suka pedas
1/2 cawan sos tomato blh tambah lagi
1/2 cawan sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam
1/2 biji capsicum hijau, merah, kuning – bagi meriah
5-6 biji cendawan butang
Sayuran campuran 1 peket
Sedikit brokoli hijau
Garam dan gula
Minyak masak

Cara Memasak:

1. Didihkan air dahulu dan rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak elak makaroni melekat

2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos tomato, sos cili sos tiram, kiub ayam dan capsicum. Masukkan sedikit air.

4. Masukkan daging kisar, sosej, cendawan dan brokoli kacau sehingga hampir masak. Masuk makaroni. Kacau hingga sekata.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan. Hias ikut selera masing-masing, saya tabur dengan daun persly, hirisan daun bawang, lada merah, hirisan sosej dan taburan serbuk lada hitam jika suka.

Resepi Oleh: JJ Pau Mawar