
Resepi Mantou Kosong Homemade Sedap Sangat
Sedap sangat mantou kosong ni gais! Kalau you nampak kat doh yang dah di gelek tu nampak macam berbintat kan sebab masa kak lina rehat kan dia lupa tutup kipas angin tu yang doh jadi kering. Maka-nya jangan lah memandai bukak kipas macam kak lina eh nanti berbintat. Ni resepinya, sedap colek-colek dengan kari daging kemarin.
Bahan A:
- 2 1/4 sudu teh yis
- 40g gula (kak lina guna brown sugar)
- 240g susu cair
Bahan B:
- 500g tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu kecil minyak masak
Cara Membuat:
1. Campur bahan A ke dalam mangkuk dan biarkan selama 10 minit atau sehingga berbuih.
2. Kemudian campur bahan A ke dalam mangkuk bahan B. Uli hingga lembut dan licin macam biasa kita uli pau. Tutup doh dengan kain dan rehatkan dalam 15 minit lagi.
3. Gelek nipis doh, kemudian gulung kemas, guna pisau yang tajam untuk potong doh. Jangan ditekan tapi potong perlahan agar cantik.
4. Rehatkan selama 20 minit dan bolehlah dikukus selama 15 minit. Mantou yang dah di kukus boleh digoreng jika nak makan mantou goreng.
Resepi Oleh: Lina Thomas