Daging, Sup

Resepi Sup Ekor Lembu

resepi-sup-ekor-lembu

Resepi Sup Ekor Lembu

Bahan-Bahan:

220gm ekor lembu – dipotong kecil
600ml air stok daging
60gm bawang merah
20gm bawang putih
5gm daun bawang
30gm halia
5gm cili padi
1 batang serai
10gm bunga lawang, pelaga, cengkih
10gm kulit kayu manis
2 sudu makan rempah sup
1 biji buah tomato – dipotong
½ biji limau nipis – ambil jusnya
5gm bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, serai, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.

2. Selepas itu masukkan rempah sup dan cili padi. Kacau sehingga pecah minyak.

3. Kemudian masukkan air stok daging, kacau dan biarkan mendidih.

4. Masukkan ekor tadi, jus limau nipis dan perasakan dengan garam secukup rasa.

5. Selepas itu masukkan tomato dan biarkan mendidih seketika.

6. Angkat, masukkan ke dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan daun bawang.

Sup Ekor Lembu