
Resepi Talam Roti Lapis Coklat
Bahan-Bahan:
4 keping roti sandwich – buang tepi, siat kecil + rendam dengan 100ml air
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200ml santan
100ml air
60gm tepung beras
20gm tepung sagu
1 sudu teh coklat emulco
Acuan Lompang (10-12 biji)
Cara Membuat:
1. Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
2. Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
3. Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
5. Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu.
6. Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 – 15 minit dengan api sederhana hingga masak.