
Resepi Udang Goreng Butter
Bahan-Bahan:
15 ekor udang saiz besar
3 sudu butter
2 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
sedikit minyak tu menggoreng
Cara Memasak:
1. Lumur serbuk kunyit dan garam pada udang.
2. Panaskan minyak dan bila udang hampir masak, masukkan daun kari dan cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, biarkan minyak panas dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan minyak betul-betul panas.
4. Sementara tu, kacau telur bagi rata dan tuang terus dalam kuali tadi dan masukkan udang yang telah digoreng tadi.
5. Kacau rata dan angkat. Tabur bawang goreng dan siap untuk dihidangkan.