Biskut

Resepi Honey Butter Biscuit ala Texas Chicken

resepi-honey-butter-biscuit-ala-texas-chicken

Resepi Honey Butter Biscuit ala Texas Chicken

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
4 sudu mentega sejuk
2 sudu madu (kalau nak manis boleh lebihkan)
1/2 cawan cold buttermilk

Bahan-bahan untuk honey-butter glaze:

2 sudu mentega
3 sudu madu

Cara-cara:

1. Campurkan bahan-bahan kering dan gaulkan. Gaul mentega sejuk sampai jadi texture macam serbuk roti.

2. Masukkan madu dan tuang buttermilk sedikit demi sedikit dan gaul sampai adunan tak melekat di tangan.

3. Sambil tu boleh panaskan oven (200C, 10-15 minit). Bulatkan doh dan tekan bagi leper sikit.

4. Sementara tu dalam saucepan boleh panaskan bahan untuk buat honey-butter glaze sampai likat dan sapu di setiap doh tadi dan bakar dalam 20-25 minit.

5. Agak-agak dalam 5 minit terakhir tu boleh sapu sekali lagi glaze tadi.

Resepi Honey Butter Biscuit ala Texas Chicken

Resepi Oleh: Nazira Zainal Abidin