Kek

Resepi Kek Honey Lemon Butter Dish Wash

resepi-kek-honey-lemon-butter-dish-wash

Resepi Kek Honey Lemon Butter “Dish Wash”

Abam vmie bagi resepi free untuk korang. Resepi ni abam vmie reka-reka sendiri. Ikut selera tekak abam. Kalau kena ngan tekak korang tu kita geng lah ni. Resepi ni abam vmie buat untuk saiz loyang 12″ bila potong-potong dapat la 12 ketul span basuh ni. Lau korang nak buat kecik bahagi jer resepi tu ye.

Bahan-Bahan:

Bahan A –

  • 250gm salted buttercup
  • 250gm ancor butter
  • 250gm majerin pelangi
  • 700gm castor sugar

Bahan Lain –

  • 15 biji telur gred B
  • 800gm self raising flour
  • 3 sdb susu tepung fullcream
  • 3 sdb perisa lemon
  • 1 sdt pewarna kuning lemon
  • 2 sdb pewarna hijau gelap
  • 1 sdt pewarna hitam
  • 1 sdt pandan emulco
  • Sedikit madu
  • Sedikit lemon filling

+ Loyang petak saiz 12″

Cara Membuat Kek:

1. Pukul bahan A termasuk gula kastor sehingga gebu atau sehingga bertukar warna kuning ke putih. Tapi jangan terlampau over beat, nanti kek korang tu kering sebab gula hancur sangat.

2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul adunan sehingga gebu. Masukkan pula self raising flour serta susu tepung sambil dipukul manja-manja gitu atau sampai sebati.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Pastikan 1 bahagian banyak untuk warna kuning dan 1 bahagian sikit untuk warna hijau.

4. Untuk kek lapisan hijau, campurkan pandan emulco + pewarna hijau gelap + pewarna hitam. Bakar anggaran 15 minit dengan suhu 150c atau ikut oven masing-masing.

5. Manakala, untuk lapisan kuning, campurkan perisa lemon + pewarna kuning lemon. Bakar anggaran selama 40 minit dengan suhu 150c atau ikut oven masing-masing.

Cara Membuat Lapisan & Efect Span Dish Wash:

1. Ambil bahagian ke warna kuning, sapukan dengan madu + lemon filling secukupnya. Kemudian lapiskan bahagian kek warna hijau di atasnya.

2. Ambil pisau pemotong kek, gosok-gosokkan bahagian atas kek lapisan hijau tadi untuk efect span “dish wash”.

3. Bolehla dipotong mengikut saiz yang anda inginkan. Hidangkan bersama fruits coktail & jelly serta milk foam.

Siap resepi kek viral honey lemon butter ala dish wash yang nampak unik tapi sedap. Selamat mencuba.

Resepi Kek Honey Lemon Butter "Dish Wash"

Resepi Oleh: Che Azawimie Che Zahari