Resepi Kuih Gunting Sira Pedas
Baru siap kuih gunting sira pedas, tunggu sejuk sat gi masuk botol.
Bahan-Bahan:
- 2 Cawan Penuh Tepung Gandum (Cawan Kopi)
- 3 Sudu Minyak Masak (Panaskan dulu)
- Air sejuk peti ais Ikut bancuhan (saya tak sukat main agak-agak doh tak lekat kat tangan tu kira ok dah)
- Garam dibancuh dengan 2 sudu air (Agak-agak la ye)
Cara Buat:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak, Kemudian tuang dalam tepung tadi. Ramas hingga jadi serbuk roti, curahkan air garam tadi dan air sejuk.
2. Uli sehingga menjadi doh, adunan jangan terlalu lembik, agak-agak tak lekat kat tangan tu kira ok dah.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, canaikan nipis-nipis sambil taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat. Bila dah siap bolehlah di goreng dengan api sederhana besar.
Tips: Canai nipis-nipis tau, kalau tak nanti kuih kita keras takut gigi boleh patah. Jangan lupa tabur tepung setiap kali mencanai.
Bahan Sambal Sira:
- 2 ulas Bawang putih (tumbuk halus)
- Cili mesin (ikut pedas yang kita nak)
- 15 sudu besar gula pasir
- Sedikit garam
- 2 Sudu kecil Cuka makan
- 1 sudu besar madu (optional, tak nak pun tak pe)
Cara Buat:
1. Tumis bawang putih bersama minyak dalam 1 Senduk kecil. Masukkan cili mesin ikut tahap pedas yang kita nak, kacau sehingga agak masak.
2. Kemudian, tuang cuka, gula, garam, dan madu tadi. Kacau sehingga ia benar-benar masak dan pekat likat guna api yang sederhana sahaja.
3. Rasa sambal tadi apa yang kurang, boleh tambah agak-agak sambal dah mula memekat. Buangkan lebihan minyak sambal tadi, kemudian kacau seketika.
4. Padamkan api, ambik kuih gunting yang siap di goreng tadi, sira bagi rata. Tunggu sejuk dahulu baru masuk ke dalam botol.
Tips:
- Gula memang kena lebih supaya kuih kita tidak lemau & tahan lama.
- Masa menumis minyak kena lebih barulah cili masak sempurna.
- Minyak lebihan kena buang kalau tak nanti kuih jadi lembik.
Resepi Oleh: Bunga Lara