Blueberry Muffins yang paling simple Abang Danish pernah buat sebab tak payah pakai mixer, semua gaul satu bekas je tapi hasilnya sangat moist dan mabeles! Selamat mencuba!.
Resepi Sour Cream Blueberry Muffins
+ Sukatan menggunakan Cawan Metric
Bahannya:
4 biji Telur Gred A
1 1/4 cawan Gula Putih
1 1/4 cawan Brown Sugar
1 cawan Vegetable Oil (Abang guna brand Wesson)
1 suduteh Vanilla Extract
4 cawan Tepung Serbaguna/Gandum
1 suduteh Garam Halus
1 suduteh Baking Soda
1 1/2 suduteh Cinnamon Powder
2 cawan Sour Cream (boleh ganti dengan Greek Yogurt)
2 cawan fresh Blueberries (boleh letak lebih kalau suka)
Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 160° C. Alas muffin tray dengan papercups. Ambil 2 sudu dari tepung yang telah disukat tadi, taburkankan kedalam bekas berisi blueberry dan gaul rata secara perlahan-lahan dan ketepikan (tips ni untuk elak blueberries tu mendap kebawah bila kita bakar muffin ni nanti).
2. Ayak bahan kering seperti tepung, baking soda, cinnamon powder dan garam sekaligus kedalam mangkuk lain dan ketepikan.
3. Dalam bekas besar pukul telur sambil dimasukkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memukul sambil tuangkan vege oil secara perlahan-lahan. Masukkan pula vanilla extract. Kemudian masukkan bahan-bahan kering secara berselang seli dengan sour cream.
4. Akhir sekali masukkan blueberries dan ratakan secara perlahan-lahan dan cuba pastikan blueberries tak pecah dan jangan terlebih gaul. Scoop adunan kedalam papercups. Bakar selama 20 minit atau sehingga tiada cecair melekat pada pencungkil gigi kecuali dari blueberries. Taddaaaa! Dah siap.
Tips Penting: Jangan OVERMIX adunan!! Kalau tak nak guna brown sugar boleh guna semua gula putih je. Abang guna half gula putih half brown sugar untuk lebih flavor.
Resepi Oleh: Danish Harraz
Instagram: danish.harraz
FB Page: AbangDanishHarraz