Kuih Muih

Resepi Apam Cornetto, Lembut Macam Kek

resepi-apam-cornetto-lembut-macam-kek

Resepi Apam Cornetto, Lembut Macam Kek

Bahan-Bahan:

4 biji telur (A)
200g gula
1 s/t overlatte
200g tepung gandum
100ml susu cair
100ml minyak masak
Sedikit coklat emulco
Sedikit capucino emulco
Dark chocolate beril’s

Hiasan –

Coklat chip
Butterscotch chip
Coklat rice
Manik gula
Almond (takde stok)

Alatan:

Acuan horn pastry
Baking paper (coklat) @ kertas bungkus nasi lemak (coklat)
Gunting
stepler

Cara Buat:

1. Panaskan kukusan. tutup penutup kukus dengan kain bersih.

2. Potong baking paper ikut saiz yang dikehedaki, kemudian letakkan acuan horn pastry di atasnya. Balut ikut bentuk acuan dengan kemas, kemudian stepler. Buat hingga siap semua keronsong.

3. Pukul telur, gula dan overlatte hingga kembang & pekat. Masukkan tepung gamdum. Gaul hingga sebati, gaul dengan menggunakan spatula hingga rata.

4. Masukkan pula susu cair, gaul sebati. Masukkan pula minyak masak, gaul perlahan dengan mengunakan spatula. Bahagikan adunan menjadi 3 adunan. (1) putih (2) tambah coklat emulco (3) tambah capucino emulco.

5. Kemudian masukkan ke dalam piping bag. Susun kerongsong tadi di dalam lubang kukusan. Paipkan adunan ke dalam kerongsong yang dah siap dicetak. Bubuh sedikit-sedikit setiap warna.

6. Kemudian, boleh la dikukus selama 15 minit. Tuang dalam kerongsong secara berselang-seli, adunan coklat, adunan capucino dan adunan putih. Bila dah masak sejukkan kuih dahulu, Jangan di buka lagi kerongsong ia ye.

7. Cairkan dark coklat di dalam oven sekejap atau guna kaedah double boil. Bila dah cair, tuangkan di atas kuih tadi. Taburkan atas ngan bahan taburan. Sejukkan ia dulu. Baru boleh dibuka keronsong. siap, boleh la dihidangkan.

Nota Penting: Lupa nak bagitau, bila kerongsong dah siap, bahagian bawah akan nampak sikit lubang.. ambil gam seletip. Kome gam sikit je cantum kat bawah tu.. supaya takde lubang. Kalau tak nanti adunan turun pulak.

Resepi Apam Cornetto, Lembut Macam Kek

Resepi Oleh: Aznie Khasri