
Resepi Hershey & Marshmallow Cookie Cup
Bahan-Bahan:
1 1/3 cawan tepung serbaguna/tepung gandum
1 1/4 cawan biskut Digestive – dihancurkan
1/2 sudu teh baking soda
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm butter lembut
50 gm gula perang (brown sugar)
60 gm gula castor
1/4 cawan coklat baking – diparut halus (tak nak letak pun takpe)
Secukupnya Mini Marshmallow putih
Secukupnya kepingan coklat Hershey
Cara Buat:
1. Satukan tepung serbaguna, parutan coklat, biskut yang dihancurkan dan baking soda. Gaul rata. Ketepikan.
2. Pukul butter dan kedua-dua gula sekejap je hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul hingga rata.
3. Masukkan campuran tepung tadi dan gaul hingga rata. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180°C dengan menggunakan api atas dan bawah.
4. Gunakan acuan muffin yang paling kecil. Ambil sedikit doh dan timbang satu seberat 20 gm (itu berat yang saya buat), bulat-bulatkan dan masukkan ke dalam acuan muffin. Tekankan sedikit saja di tengah-tengah doh. Ambil penghujung penggelek doh (rolling pin) dan tekan di tengah-tengah doh supaya menjadi seperti cawan. Buat sampai habis.
5. Bakar (180°C) selama 10-12 minit hingga tebing cawan doh garing sikit. Keluarkan acuan. Biarkan biskut berada di dalam acuannya. Sementara tu, tukarkan oven pada api atas (grill) dengan suhu yang sama.
6. Ambil sekeping coklat Hershey dan patahkan setengah. Ambil satu dan letakkan di dalam dasar biskut. Ambil 4 biji mini marshmallow dan letakkan di atas coklat tadi.
7. Dengan api atas, bakar sekali lagi hingga marshmallow berwarna coklat sedikit di atasnya. Harus perhatikan, jangan sampai hangus.
8. Keluarkan dari oven. Dengan biskut dan marshmallow yang masih panas tu, letakkan sekeping coklat Hershey di atasnya. Sejukkan sekejap hingga coklat mencair. Simpan dalam tupperware pada suhu bilik.
Resepi Oleh: Aini Binte Madon