Resepi Puding Kacang Merah
Bahan A:
- Separuh agar-agar tali yang 20g
- 2 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula – Nak manis tambah lagi gula
- 2 sudu besar tepung jagung – Bancuh dulu dengan sedikit air
- 1/2 cawan santan kotak + 1/2 cawan air – Jadikan 1 cawan santan
- 2 helai daun pandan – Simpulkan
- secubit garam
- 1 tin kacang merah – Tuang dalam penapis, lalukan bawah air paip, toskan dan asingkan 1 cawan kacang merah
Cara Buat:
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Masukkan gula kemudian masukkan daun pandan, kacau serata gula. Perlahankan api.
2. Lebihan kacang merah, susun rata dalam acuan. Tuang sesenduk atau lebih agar-agar yang dimasak tadi atas kacang merah, biarkan sederhana beku.
3. Besarkan semula api. Lebihan agar-agar dalam periuk campur dengan santan. Masukkan tepung jagung dan secubit garam, sentiasa kacau-kacau hingga nak mendidih.
4. Tutup api, tuang agar-agar santan atas agar-agar kacang merah tadi. Biarkan sederhana beku.
Bahan B:
- Separuh agar-agar tali tadi
- 3 cawan air
- 1/2 cawan gula – Nak manis tambah lagi gula
- 1 cawan kacang merah
- 1/2 cawan santan kotak + 1/2 cawan air – Jadikan 1 cawan santan
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 helai daun pandan – Simpulkan
- Secubit garam
- Sedikit pewarna merah
Cara Buat:
1. Blender kacang merah, santan dan tepung jagung hingga hancur halus. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula kemudian daun pandan, kacau rata.
2. Tuang bahan blender dalam periuk, kacau-kacau bagi sebati. Masukkan secubit garam, kemudian pewarna merah dan kacau-kacau serata. Masak agak-agak nak mendidih, tutup api.
3. Tuang agar-agar kacang merah atas santan tadi, biarkan beku atau sejuk. Simpan dalam peti sejuk. Boleh keluarkan puding tadi dari acuan, boleh hidang. Pastikan puding ni makan sejuk-sejuk.


Resepi Oleh: Zura Zul