
Resepi Sotong Masam Manis
Bahan-Bahan:
3 ekor sotong saiz besar dipotong kecil
1 inci halia – ditumbuk sikit
2 ulas bawang putih – diracik
2 sudu besar cili boh
3 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
gula dan garam secukup rasa
1 biji bawang besar – dimayang
1/2 biji tomato – potong dadu
sedikit nenas – potong dadu
1 biji cili hijau – dimayang
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan halia hingga kekuningan diikuti dengan cili boh.
2. Kemudian ,masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato, garam dan gula. Kacau sekejap.
3. Masukkan sotong, bawang besar yang dimayang, cili hijau yang dimayang, nenas dan tomato. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan siap untuk dihidangkan.