Kuih Muih

Resepi Bingka Roti Kukus Pandan

resepi-bingka-roti-kukus-pandan

Resepi Bingka Roti Kukus Pandan

Bahan-Bahan:

8-10 roti keping putih
400ml santan @ ( 200ml santan kotak KARA + 200ml air )
3/4 cawan gula halus
segenggam kismis – optional
4 biji telur
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil perisa pandan
sedikit pewarna hijau – jika perlu

Cara Membuat:

1. Koyakkan roti dan ketepikan. Satukan santan, garam, gula, pes pandan dan juga telur. Kacau sebati.

2. Masukkan roti dan kismis kemudian rendam lebih kurang 5 minit.

3. Sapu loyang dengan sedikit mentega/marjerin.

4. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30 minit.

5. Sejukkan dahulu kemudian potong dan hidangkan.

Resepi Oleh: Kak Hana