
Resepi Bihun Sup Utara
Bahan-Bahan:
1. Tulang lembu + daging lembu.
2. Bawang besar + bawang putih + halia (kisar).
3. Bunga lawang + cengkih + kayu manis + pelaga.
4. Pes sup siam (Kalau ada)
Cara Buat Sup Tulang:
1. Rebus tulang beserta isi hingga empuk. Masukkan bahan no.3 + no.4 kedlm periuk rebusan tulang dan daging.
2. Masukkan pes sup siam & sup bunjut tulang seketul. Masukkan garam. Sup tulang siap.
Cara Buat Bihun Kuning:
1. Rendam bihun dengan air paip sekejap bagi lembut. Buang air rendaman. Curah air panas @ didih dalam mangkuk bihun, letak
kunyit dan kacau sebati. Dah lembut baru tos.
Cara Buat Sambal Merah:
1. Cili serbuk jadikan pes. Masak dengan sedikit minyak dan letak sedikit garam. Masak hingga cili betul-betul masak (boleh ganti dengan cili boh).
Hidangkan bihun sup dengan bahan tabur seperti tauhu goreng, daun bawang, bawang goreng, limau nipis, lobak masin.
Resepi Oleh: Dina Amalia Nordin – MAHN