Honey Butter Biscuit Mudah Dibuat Gerenti Jadi
As teringin benar nak buat sendiri Honey Butter Biscuit ni since memang feberet sangat biskut ni. Then, ternampak kazen share resepi. I pun trylah buat. Senang dan mabeles lah. Rasa buttery nya tu ummp, mewah di lidah. Harum semerbak satu rumah dengan bau butter.
Bahan-Bahan:
- 100 gram butter sejuk
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan susu segar
- 2 sudu besar gula halus
- 3 sudu teh baking powder
- 3 sudu teh cuka
- Secubit garam
- Pewarna kuning lemon (optional)
Cara Membuat:
1. Campurkan cuka ke dalam susu, ia akan menjadi buttermilk. Dalam bekas adunan, masukkan tepung, garam, gula dan baking powder. Gaul sebati.
2. Masukkan pula butter sejuk. Gunakan hujung jari untuk hancurkan butter menjadi seperti serbuk roti.
3. Kemudian, masukkan susu, gunakan senduk dan gaul sebati. Sudukan adunan dalam dulang pembakar yang dah dialas dengan baking paper.
4. Bakar dengan suhu 120°c, selama 15 minit. Suhu dan waktu ni depends pada oven korang ye. Keluarkan dan glaze dengan campuran butter + honey.
5. Bakar lagi biskut selama 5 minit. Biskut ni boleh tahan sehingga 2-3 hari di suhu bilik. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Asrinna Bakri