Resepi Sotong Masak Hitam Asyik
Bahan dan Cara Masak:
1. Tumis hingga naik bau;
- 1/4 bawang Holland yang dihiris memanjang
- 2 helai daun limau purut
- 1 batang serai yang diketuk dan dicarikkan
- 3 tangkai cili padi hijau
- 3 hiris cili merah
2. Kemudian tumiskan pula bahan kisar;
- 1/2 biji bawang merah saiz bola ping pong
- Sehiris bawang Holland
- 1/2 ulas bawang putih
- 1/4 hiris nipis halia
- Secubit jintan putih
- Secubit biji ketumbar
3. Masukkan pula 1 1/2 sudu besar cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan pula 1/2 sudip kicap lemak manis. Boleh tambah lagi sedikit sebab dakwat sotong tak cukup hitam. Masukkan juga 1 1/2 sudu besar sos cili.
5. Seterusnya, masukkan 6 ekor sotong saiz M yang telah dipotong dan dibersihkan (dakwat hitam sotong jangan buang).
6. Perasakan dengan;
- 3/4 sudu besar gula
- Secubit kecil garam
- Secubit perisa Hilal
Boleh tambah atau kurangkan kuantiti mengikut citarasa sendiri. Kemudian, tutup kuali menggunakan penutup periuk selama 5 minit. Biarkan sotong mengeluarkan airnya sendiri (tak perlu tambahkan air).
7. Buka penutup kuali. Biarkan lagi sotong lebih kurang 2 minit. Siap untuk dihidangkan.
Resepi Oleh: Afy AL Habibi