Resepi Sotong Bakar Thai
Bahan-Bahan:
Sotong saiz besar
Isi Udang segemgam
Telur 1 biji
Bahan Sos:
5 ulas Cili kecil
4 sudu Gula
secubit Garam
3 sudu Cuka makan
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar
Bahan Kisar Untuk Inti:
1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia
Cara Buat:
1. Buat inti; Hancurkan isi udang dan Gaul dengan telur dan bahan Kisar.
2. Cara sumbat; Sumbat inti tadi dalam sotong. Ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
3. Cara masak sotong; Bakar sotong sumbat tadi (saya guna pemanggang ajaib sahaja). Kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.
4. Cara buat Sos; Blender atau tumbuk dan tumis semua Bahan (boleh tambah bilangan Cili ikut tahap kepedasan yang anda nak). Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
5. Cara hidangan; Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.
+ Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong & saiz. Selamat Menjamu Selera!.
Resepi Oleh: Fadhilah Esa