Ayam, Sup

Resepi Soto Ayam Kuah Pekat Rasa Berempah

resepi-soto-ayam-kuah-pekat-rasa-berempah

Resepi Soto Ayam Kuah Pekat Rasa Berempah

Harini Masak Soto Ayam tapi terajin pulak snap pic dan buat resepi, ni bukan soto Kuah sup biasa ye, ni soto yang pekat rasa rempah. Alhamdulillah dah 4 tahun buat soto ayam pakai resepi ni, suami tak pernah jemu makan, mak mertua pon puji sedap. Resepi ni simple and senang nak buat.

Bahan-Bahan:

  • Isi Ayam (Saya pakai bahagian Isi sahaja)
  • Bawang Besar/Bawang Holland 2 Biji **
  • Bawang Kecil 5 – 6biji **
  • Bawang Putih 5 Ulas **
  • Halia 1 inci **
  • Kunyit Hidup (saya pakai Serbuk Kunyit je) **
  • Serai (Ketuk)

Kisar semua bahan bertanda (**)

  • Perencah Kurma 2 paket Kecil
  • Perencah Sup 1 paket kecil
  • 2 ketul Sup Bunjut Tulang
  • 2 ketul Kiub Ayam Knorr

Cara Membuat:

1. Guna bahan-bahan dalam Sup bunjut, dalam paket ni ada sekali kawan-kawan dia. Tumis kawan-kawan dengan minyak dulu. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dengan serai yang diketuk. Tumis sampai pecah minyak.

2. Kemudian masukkan rempah sup + Kurma tadi, boleh tambah air kalau takut hangus, masak sampai pecah minyak sikit. Lepas dah pecah minyak, masukkan isi ayam dan masak ayam sampai kecut.

3. Bila ayam dah kecut masukkan air dan sup bunjut tadi, air Boleh laraskan ikut masing-masing, nak pekat atau cair sikit. Kuah dah mengelegak, masukkan kiub ayam, saya Pakai 2 kiub ayam. Masak sampai isi ayam tadi Betul-betul masak.

4. Keluarkan isi ayam dari Kuah, biarkan sejuk sekejap lepas tu carik isi ayam tu. Panggil suami yang tengah tengok Tv tu tolong Carikkan. Boleh perasakan kuah tadi dengan garam/Gula/Ajinomoto/Cukup Rasa. Sis guna garam dan gula je.

5. Boleh tambah air kalau nak. Lepas rasa dah ngam dengan tekak, boleh tutup api. Kuah siap!.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Merah Style Orang Dulu-Dulu

Bahan-Bahan Cili Kicap:

  • Bawang Putih
  • Cili Burung (Hijau dan Merah, Merah jangan banyak sangat sebab pedas)
  • Kicap Jalen Lemak Manis
  • Gula 2 Sudu
  • Sedikit garam

Cara Membuat: Goreng kejap cili dan bawang putih guna kuali legend. Hati-hati ye sebab masa goreng ada letup-letup sikit. Lepas tu kisar semua bahan-bahan tadi, cili kicap pedas siap!.

Bihun Keropok Soto:

  • Bihun (Tak perlu basuh biarkan keras je)
  • minyak

Cara Membuat: Panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas. Masukkan bihun sedikit dia akan kembang macam keropok, beberapa saat je jangan lama-lama nanti hangus. Keropok siap!.

Ni Accessories Simple untuk Soto Ayam;

  • Boleh jugak tambah Begedil
  • Nasi Impit
  • Taugeh
  • Isi Ayam (Carik)
  • Kacang Tanah (Goreng)
  • Daun sup

Bila dah siap semua bahan boleh makan.

Resepi Soto Ayam Kuah Pekat Rasa Berempah

Resepi Oleh: Ezah Hazreen