Snek, snek

Resepi Marukku Asli Rasa Lebih Rangup

resepi-marukku-asli-rasa-lebih-rangup

Resepi Marukku Asli Rasa Lebih Rangup

Di atas permintaan ramai dalam group ini, dan sempena Hari Raya, saya kongsi resipi murukku saya ni dengan anda supaya sempat kalian buat untuk Raya tahun ini.

Bahan A:

  • 1 bungkus tepung murukku (Tak kisah apa brand)
  • 1 – 4 sk biji jemuju (omum in Tamil) citarasa sendiri
  • 1/2 sk serbuk asafoetida (inggu)
  • 1- 3 sudu makan bijan putih (opsyenal)
  • 2 – 4 sudu kecil serbuk cili (Citarasa sendiri)

Bahan B:

  • 3 sudu makan mentega cair panas
  • 2 Sudu makan santan
  • 1 tangkai daun kari
  • Air suam panas sikit yg diperlukan
  • Minyak untuk menggoreng murukku

Sebelum uli doh, sediakan kesemua barangan yang diperlukan seperti berikut;

  1. Potong baking paper atau daun pisang untuk menekan murukku.
  2. Bekas untuk meletakkan murukku selepas digoreng. Letak kitchen paper untuk menyerapkan minyak yang berlebihan dari murukku.
  3. Bekas untuk meletakkan murukku selepas diserap minyak.
  4. Sudu atau garpu atau chopstick untuk memusingkan dan mengeluarkan murukku dari kuali selepas digoreng.
  5. Sapukan minyak didalam acuan supaya doh tak melekat.
  6. Balang kedap udara

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng murukku di atas api yang kecil. Tujuannya ialah bila doh murukku dah siap diuli, kena goreng segera. Kalau tidak, dohnya akan kering.

2. Di dalam mangkuk yang besar, masukkan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. Kemudian masukkan mentega cair yang panas kedalam Bahan A. Kacau seketika dengan senduk kayu hingga kurang panasnya.

3. Bila campuran mentega dah sejuk sedikit, boleh gunakan tangan untuk mengaul rata seperti serbuk roti. Masukkan santan dan air suam (panas sikit dari suam) sedikit demi sedikit dan uli adunan hingga jadi doh yang lembut dan tidak melekat.

Cuba Resepi Ni:  Roti Jala Jelita Vanila Coklat

4. Masukkan doh ke dalam acuan marukku, dan tekan di atas baking paper ataupun daun pisang. Bila minyak dah panas sederhana, (jangan panas sangat, nanti murukku masak di luar mentah di dalam). Gorengkan daun kari hingga ranggup, kemudian keluarkan and ketepikan. Goreng satu murukku dulu untuk cuba rasa garam dan rempah-rempahnya. Kalau kurang garam, tambah. Kalau nak pedas, tambah serbuk cili. Goreng hingga doh habis.

5. Semasa tekan-tekan doh tu, tutup doh dengan tuala basah untuk mengelakkan doh jadi kering. Kalau doh kering atau susah nak tekan, tambah air suam sikit dan uli lagi sampai doh jadi lembut. Biar murukku sejuk betul sebelum disimpan di dalam balang kedap udara dan masukkan daun kari yang digoreng tadi.

Klik Di Sini Untuk Beli Acuan Marukku

Resepi Marukku Asli Rasa Lebih Rangup

Resepi Oleh: Victoria Van Bennekum