Ayam, Mee

Resepi Mee Soto Ayam

resepi-mee-soto-ayam

Resepi Mee Soto Ayam

Bahan-Bahan:

500gm mee kuning (mee hoon pun boleh) – dicelur
100 gm/50 sen taugeh – dibersihkan dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
3 sudu makan ketumbar*
3 sudu makan jintan kasar*
2 sudu makan jintan halus* (*disangai & dikisar halus)
1 sudu teh serbuk lada putih
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1 kuib ayam dan 1 sup bunjut adabi

Bahan Kisar –

3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia

Bahan Sampingan –

secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi –

25 biji cili padi merah/cili api
4 ulas bawang putih
125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis
jus dari perahan 2 biji limau kasturi

Cara Membuat:

Kuah Soto –

1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit.

2. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.

3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.

4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.

5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih.

6. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Sambal Kicap –

1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak.

2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)

Cara Menghidangkan Mee Soto:

1. Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.

2. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.

3. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

+ Cara nak buat begedil, lihat di sini >> Resepi Begedil

mee-soto-ayam

Sumber: FB Page Aneka Resepi Masakan Mee