Resepi Biskut Brownies Rangup
Bahan-Bahan:
- 212g dark chocolate
- 3 tbsp butter
- 2 bj telur
- 120g gula kastor
- 65g soft brown sugar
- 1 tsp esen vanila
- 1/4 tsp baking powder *
- 150g tepung gandum *
Ayak bahan bertanda *

Cara Membuat:
1. Cairkn coklat dan butter secara double boil, ketepikan. Akak masukkan dalam microwave selama 1 minit.
2. Di dalam bekas lain, whisk sebati telur, gula kastor, gula perang dan vanila hingga pucat dan sdikit kembang (akak guna tangan je).
3. Masukkan adunan coklat ke dalam adunan telur dan whisk sebati. Masukkan adunan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit guna spatula atau senduk kayu kaup balik hingga sebati.
4. Biarkan adunan selama 10 minit supaya menjadi pekat. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe ke atas silicone liner atau parchment paper sahaja. Baking paper tak boleh sama sekali nanti adunan melekat. Jarakkan jauh-jauh nanti time bakar adunan mengembang.
5. Bakar pada suhu 170c selama 15 minit ikot oven memasing. Oven akak bakor at 150c 15 minit. Masa baru kuar oven biskut ni lembut. Tunggu 5 minit baru alihkan ke wire rack. Biskut akan jadi rangup kemudian. Simpan dalam bekas kedap udara. Hepi baking.

Resepi Oleh: Keroroyz Royz