Ikan, Makanan Laut

Resepi Siakap Krapow Masam Manis Pedas

resepi-siakap-krapow-masam-manis-pedas

Resepi Siakap Krapow Masam Manis Pedas

Kali ni mencuba kelainan sikit, siakap Krapow. ⁣ Disebabkan daun selasih galak merimbun depan rumah, sis pun masak lauk ni, sedap. Tapi krapow ni tak guna cili api, guna lada kering. Memang padu dan yang penting, menggunakan gabungan Kicap Manis dan Sos Tiram sedap.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (kalau kecik, guna 2 ekor)⁣
  • garam dan serbuk kunyit secukupnya ⁣
  • 3 sudu tepung jagung⁣
  • minyak masak secukupnya ⁣
  • 7 biji bawang kecik⁣
  • 4 ulas bawang putih⁣
  • 7 tangkai lada kering (basuh, potong dan rebus sampai lembut, toskan)⁣
  • 1 cawan air⁣
  • Kicap Manis secukupnya ⁣
  • 2 sudu Sos Tiram ⁣
  • 1 sudu jus limau⁣
  • sos ikan secukup rasa ⁣
  • 2 sudu gula perang ⁣
  • segenggam daun selasih (thai basil)⁣

Cara Masak:

1. Lumur garam dan serbuk kunyit pada ikan. Tabur tepung jagung dan lumur sekata. Perap setengah jam.

2. Panaskan minyak yang banyak. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyak.⁣ Kisar kering bebawang dan lada kering.

3. Buangkan minyak goreng ikan tadi dan tinggalkan dalam setengah cawan dalam kuali. ⁣ Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing dan pecah minyak.⁣

4. Tambah air, kicap, sos tiram, jus limau, sos ikan dan gula perang. Kacau sampai mendidih dan kuah pekat.⁣

5. Tabur daun selasih, kacau sekejap terus tutup api.⁣ Tuangkan kuah atas ikan goreng. Siap!⁣

Resepi Siakap Krapow Masam Manis Pedas

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo