Resepi Set Talam Western Semua Bahan-Bahan Homemade

Resepi Set Talam Western Semua Bahan-Bahan Homemade

Settle berketang ketung dekat dapur harini, done talam western untuk keluarga tercinta. Senang je nak buat ni, puas makan dan paling penting semua homemade dari chicken ball sampailah kuah spagethi pakai tomato je. Kalau ada yang nak cuba saya share resepi ye, talam western sedap menjilat jari.

Ayam Chicken Chop:

Perap dengan tepung bestari tambah air 30 minit ni nak bagi rasa dia serap dalam ayam. Nak goreng ayam kena salut dengan tepung, campuran tepung 2 senduk bestari spicy, 1 senduk tepung gandum, 1 senduk tepung jagung nanti dapat kriuk-kriuk, goreng dengan minyak penuh dan api panas.

Tips – goreng dalam kuali kecik.

Kuah Chicken Chop:

Yang ni sedap gila rasa dia ala ala kuah bege prosperty. Panaskan mentega 2 sudu. Tumis sebiji bawang holand yang dipotong dadu. Dah naik bau masuk tepung gandum 2 sudu.

Masukkan air 2 cawan, kiub ayam 1, Sos cili 2 sudu, Sos tomato 2 sudu, Lada hitam tumbuk kasar 2 sudu, dan Kicap 1 sudu. Dah siap masak blendkan semua bahan dan masak kejap nanti kuah ni jadi pekat tau.

Mashed Potato:

Rebus 3 biji kentang. Dah lembut lenyekkan dengan suku cawan susu kotak (rahsia kentang gebus). Perasakan dengan garam, lada hitam dan lada putih.

Homemade Chicken Ball:

  • 2 dada ayam – potong kecil
  • Garam sikit
  • Lada hitam sikit
  • Bawang merah dan bawang putih sikit

Blendkan semua bahan dan buat bulat-bulat kecil macam bebola. Kemudian, celur dalam air panas menggelegak. Selepastu boleh goreng atau masuk airfryer selama 20 minit.

Coleslow:

Blend kubis dan carrot pakai magic blender kalau takde kena cincang nipis. Perasakan dengan susu kotak, mayonis. Tambah gula sikit dan lemon. Sejukkan dalam peti.

Kuah Spagethi Bolognese Sihat:

Tibber nak buah kuah sendiri. tak nak pakai kuah tin. Rebus 5 biji tomato selama 10 minit. Buang kulit tomato, blend bagi halus dengan air.

Tumis 1 biji bawang holland potong dadu dengan 5 ulas garlic. Nak tambah ayam sikit boleh. Masuk tomato dah blend, garam, gula sikit dan oregano.

Nasi Goreng Cina:

4 ulas bawang putih tumis dengan minyak sikit. Masuk ayam atau udang. Ketepikan dan pecah telur 2 biji bagi jadi omelete kasar-kasar. Masukkan sos tiram 1 sudu, Sos ikan 1 sudu. Masukkan nasi 3 senduk serta garam dan perasa.

Done. Semua homemade tapi puas hati sebab sedap dan sihat. Untuk ayam kalau ada yang tak suka deep fry skip step kedua terus masuk airfryer ayam yang dah perap. Selamat mencuba.

Makan Set Western Ni Dengan Sambal Minang Ni Pun Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resepi Set Talam Western Semua Bahan-Bahan Homemade

Resepi Oleh: Fa Phong