Resepi Nasi Lemak Kukus Sambal Ikan Aya
Siapa kata nasi lemak dok leh wat buka puasa, Ok je. Nasi Lemak Kukus Sambal Ikan Aya dengan Kangkung Celur.
Bahan Buat Nasi Lemak Kukus:
- Beras Basmathi 4 cawan + beras pulut 3 sudu beasr (direndam selama 45 minit dan ditoskan)
- Bwg merah 2 biji (dimayang)
- Serai 2 btg (diketuk)
- Halia 1 inci (dihiris nipis)
- Santan kelapa 1 biji
- Kulit kayu manis 2 btg kecil (optional, kalau tak suka jangan letak)
- Daun pandan 2 helai
Cara Memasak:
1. Masukkan beras yang sudah ditos ke dalam loyang serta semua bahan-bahan di atas dan santan. Kacau rata, tambah air biasa dengan paras air dan santan lebih sikit sahaja.
2. Masukkan beras ke dalam bekas dan masuk ke dalam kukusan dan kukus selama 30 minit. Kemudian balik atau balikkan nasi dan biarkan dalam kukusan selama 10 minit lagi baru tutup api.
3. Lepas tu, biarkan dalam 10 minit lagi baru keluarkan nasi lemak. Siap untuk dihidangkan.

Sambal ikan Aya atau Tongkol Hitam:
- Ikan aya 6 ketul (dibersihkan dan direbus dengan garam dan asam keping) – Ketepikan
Bahan Kisar:
- Bwg besar 1 biji
- Bwg merah 7 biji
- Bwg putih 2 biji
- Cili kering 20 tangkai (dibuang biji dan rendam air panas atau direbus)
- Belacan (optional)
Semua bahan di atas dikisar halus
Bahan Lain:
- Air asam jawa 1 mangkuk kecil
- Serai 2 batang (diketuk)
- Nisang/gula melaka 1/2 keping
- Daun pandan 2 helai
- Garam dan gula
- Perasa
- Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis serai dan daun pandan, biar naik bau. Kemudian, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan kering. Bila kering tambah air dan tumis lagi.
2. Bila bahan hampir kering, masukkan air kukusan ikan tadi serta nisang dan air asam jawa, kacau. Kemudian, masukkan ikan dan kecilkan api, biar kuah mendidih dengan api yang kecil (dalam 1 jam).
3. Bila kuah dah pekat, masukkan garam, gula dan perasa. Kacau bagi sebati. Bila kuah dah betul-betul cantik merah gelap dan pekat. matikan api. Siap.
Makan Nasi Lemak Dengan Sambal Minang Ni Pun Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Muliadi Ramli


