Daging

Resepi Daging Dendeng Basah

resepi-daging-dendeng-basah

Resepi Daging Dendeng Basah

Bahan-Bahan:

1 kg daging (basuh bersih, rebus sampai empuk. Hiris nipis)
1/2 cawan kicap manis
1 sudu cuka
1 cawan minyak masak
segenggam lada kering (basuh, rendam sampai lembut)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inch halia
1 sudu ketumbar
1 sudu lada hitam
4 biji lada merah
sedikit air
garam & gula perang secukup rasa
1 asam keping
3 helai daun limau purut (buang tulang belakang)
1 bawang holland (hiris bulat)

Cara Memasak:

1. Gaul daging rebus hiris tadi dengan kicap manis dan cuka. Perap 20 ke 30 minit.

2. Panaskan minyak. Goreng daging menggunakan api besar sampai saring diluar. Angkat.

3. Kisar lada kering, lada merah, bawang besar, bawang putih, halia, ketumbar & lada hitam dengan sedikit air.

4. Tumis bahan kisar guna minyak yang sama goreng daging tadi sampai naik bau.

5. Perasakan dengan asam keping, garam & gula perang. Kacau dan masukkan daun limau purut. Kalau agak kering, tambah sikit air.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Hati Lembu Masak Berempah

6. Masukkan daging dan kacau sampai agak kering tapi masih lembap. Masuk bawang holland hiris. Kacau dan tutup api. Done.

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Nur Fakhira Mohd Rosli