Ayam

Resepi Sedap Ayam Bali Selasih Kurma

resepi-sedap-ayam-bali-selasih-kurma

Resepi Sedap Ayam Bali Selasih Kurma

Menu kesukaan anak anak, memang bertambah nasi. Jom kita mulakan.

Bahan-Bahan:

  • Ayam – (dipotong kecil dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang serai (diketuk manja)
  • 2 tangkai daun kari
  • 10 helai daun selasih
  • 4 helai daun limau purut (dibuang tengahnya dan dihiris kecil)
  • 4 sudu besar cili kisar – (kalau nak lebih pedas boleh tambah)
  • 3 sudu besar serbuk rempah Kurma
  • Bawang besar – (dikisar)
  • Bawang putih – (dikisar)
  • Halia – (dikisar)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • Minyak masak
  • Daun ketumbar – (sebagai hiasan)

Cara Memasak:

1. Lumur ayam dengan kunyit dan garam (jangan banyak sangat tau). Goreng ayam separuh masak lebih kurang dalam 10-15 minit. Ketepikan dan toskan.

2. Dengan menggunakan sedikit minyak goreng ayam tadi, tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai. Kacau rata dan biarkan sampai naik bau.

3. Lepas tu masukkan bahan yang dikisar tadi dan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak. Masukkan serbuk rempah kurma, kacau rata. Biarkan seketika.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Cili Taucu

4. Kemudian masukkan sos tiram dan ayam yang dah digoreng tadi. Masukkan sedikit air dan kacau sebati.

5. Akhir sekali, masukkan daun selasih dan daun limau purut. Kacau rata dan biarkan mereneh lebih kurang dalam 8-10 minit. Dah siap. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.

Resepi Sedap Ayam Bali Selasih Kurma

Resepi Oleh: Iza Abu Bakar